Posts

JANGAN TUDUH KAMI ZALIM BILA KERETA SAPU ANDA DILUCUTKAN HAK OLEH JPJ.

Image
Assalamualaikum & Salam Perpaduan SALAM MALAYSIA MADANI Kami dari Gabungan Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia atau dikenali sebagai Gabungan Teksi Malaysia - GTSM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dato' Jana Santhiran KSU Kementerian Pengangkutan yang telah memanggil kami untuk berbincang dengan pihak Toyota berkaitan cadangan kami melaksanakan penjenamaan teksi bagi memberi nafas baharu kepada industri teksi Negara. Selain daripada itu, kami turut diberi peluang jumpa dan berbincang dengan Tuan Muhammad Kifli Bin Ma Hassan Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ berkaitan aktiviti ulat dan kereta sapu. Aktiviti ulat dan kereta sapu menjadi semakin parah setelah Kerajaan terdahulu membenarkan kenderaan-kenderaan persendirian beroperasi mengambil dan menghantar penumpang dengan syarat menggunakan aplikasi eHailing. Peluang tersebut telah membuka ruang seluas-luasnya kepada pemilik-pemilik kenderaan ...

PESANAN KEPADA PEMANDU TEKSI MALAYSIA

Image
Assalamualaikum & Salam Perpaduan SALAM MALAYSIA MADANI Hari ini kita hidup ditahun 2024 dan dah masuk Tahun 2025, kita bukan hidup dizaman Tok Kadok lagi. Budaya tidak mahu keluar dari kepompong kemunduran sebenarnya amat-amat merugikan diri kita sendiri. Disebabkan kita tidak mahu belajar menggunakan kemajuan teknologi, ramai diantara rakan-rakan kita menolak menggunakan E-Hailing. Kesudahannya selain daripada masalah kecurangan syarikat E-Hailing mencabuli industri kita, kelemahan Kerajaan terdahulu mewujudkan undang-undang yang adil dan mengawal selia industri kita dengan baik , jenerasi muda yang celik IT telah mengambil peluang tersebut dan beroperasi merompak mata pencarian kita, lalu kita hidup dalam kemiskinan bandar hingga ke hari ini.  Hari ini saya lihat ramai lagi rakan-rakan kita masih tidak mempunyai akaun FB, TikTok dan sebagainya, walhal kalau kita tengok Kerajaan dan pembangkang tidak pernah terlepas daripada menggunakan laman sosial seperti FB d...

KETETAPAN PENGGUNAAN CERMIN GELAP BAGI KENDERAAN KELAS TEKSI.

Image
Assalamualaikum & Salam Perpaduan SALAM MALAYSIA MADANI Dengan segala hormatnya dilampirkan link ketetapan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan perkhidmatan Teksi/Kereta Sewa. Rakan-rakan pemandu dinasihatkan memuat turun ketetapan tersebut, Klik Link Ini  , kemudian print dan simpan dalam kenderaan masing-masing. Jika berlaku sebarang pertikaikan di pusat pemeriksaan PUSPAKOM, boleh bagi mereka baca. Sekian, terima kasih Yang Berusaha KAMALGTSM @ KAMALTEKSI YDP Gabungan Teksi Malaysia 04/04/2024

SUMBANGAN AWAL PERSEKOLAHAN KERAJAAN PERPADUAN KEPADA PEMANDU TEKSI.

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera SALAM PERPADUAN Alhamdullilah... Kami memanjatkan syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan kerana telah meluluskan permohonan kami untuk mendapatkan sumbangan awal persekolahan RM200 bagi setiap anak-anak pemandu teksi. Sumbangan akan dimulakan esok (07/03/2024 Khamis) oleh YBhg Tuan Ahmad Farhan bin Datuk Seri Fauzi Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri kepada 200 anak pemandu teksi di Rawang Selangor. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa pemandu teksi sentiasa dihati Kerajaan khususnya YAB Perdana Menteri itu sendiri. "MEMBANGUN BERSAMA MALAYSIA MADANI" Sekian, terima kasih KAMALGTSM YDP Gabungan Teksi Malaysia 06/03/2024

GTSM RAKAM UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN DI ATAS PEMBERIAN INSINTIF CARUMAN PENUH PERKESO.

Image
Assalamualaikum & Salam Perpaduan SALAM MALAYSIA MADANI Kami dari Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia - GTSM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan di atas pemberian insentif caruman penuh PERKESO kepada pengiat industri teksi dan bas. Terdahulu dalam Belanjawan 2024, YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anuar Ibrahim mengumumkan kerajaan memberi insentif 90% bayaran caruman PERKESO, dan yang terkini YB Tuan Anthony Loke daripada Kementerian Pengangkutan pula mengumumkan pemberian insintif sebanyak 10% caruman PERKESO, menjadikan caruman PERKESO untuk pengiat industri teksi dan bas bagi tahun 2024 ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Perpaduan. Keadaan ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Perpaduan begitu menitik berat aspek keselamatan sosial pengiat industri teksi dan bas. Disebalik pemberian insintif tersebut, kami amat berharap kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan akan menyelesaikan isu pokok ...

CARUMAN PERKESO TEKSI BAGI TAHUN 2024 DITANGGUNG SEPENUHNYA OLEH KERAJAAN.

Image
Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera SALAM MALAYSIA MADANI Kami dari Gabungan Teksi Malaysia - GTSM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri YAB DS Anwar Ibrahim , Menteri Pengangkutan YB Tuan Anthony Loke  , &   Kerajaan Perpaduan di atas kecaknaan dan keprihatinan terhadap nasib pemandu teksi. Terima kasih AMK TAMBUN "MEMBANGUN BERSAMA MALAYSIA MADANI" "KE ARAH MEMARTABATKAN INDUSTRI TEKSI NEGARA" KAMARUDIN HUSSAIN YDP Gabungan Teksi Malaysia 24/02/2024

GTSM RAKAM UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MENTERI PENGANGKUTAN YB ANTHONY LOKE

Image
Kami dari Gabungan Pertubuhan Teksi Kereta Sewa Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Se'Malaysia - GTSM merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Menteri Pengangkutan Tuan Anthony Loke di atas keprihatinan dan kecaknaan beliau terhadap keselamatan sosial ahli-ahli kami yang berkhidmat dalam industri teksi negara. Pemberian inisiatif caruman PERKESO kepada hampir 40 ribu pemandu teksi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak bakal memberi manfaat kepada ahli-ahli kami. Kami terharu dengan keprihatinan dan kecaknaan yang dizahirkan oleh Menteri terhadap pemandu-pemandu kami yang selama ini seperti dipinggirkan dari mata fikir Kementerian Pengangkutan. Kami berharap keprihatinan dan kecaknaan YB Menteri Pengangkutan tidak berakhir pada aspek keselamatan sosial pemandu-pemandu kami, sebaliknya kami berharap YB Menteri Pengangkutan akan memberi perhatian khusus terhadap aspek kebajikan dan pendapatan pemandu-pemandu kami yang sekian lama telah terjejas dengan amat teruk berikutan ke...