PESANAN KEPADA PEMANDU TEKSI MALAYSIA


Assalamualaikum & Salam Perpaduan

SALAM MALAYSIA MADANI

Hari ini kita hidup ditahun 2024 dan dah masuk Tahun 2025, kita bukan hidup dizaman Tok Kadok lagi.

Budaya tidak mahu keluar dari kepompong kemunduran sebenarnya amat-amat merugikan diri kita sendiri.

Disebabkan kita tidak mahu belajar menggunakan kemajuan teknologi, ramai diantara rakan-rakan kita menolak menggunakan E-Hailing.

Kesudahannya selain daripada masalah kecurangan syarikat E-Hailing mencabuli industri kita, kelemahan Kerajaan terdahulu mewujudkan undang-undang yang adil dan mengawal selia industri kita dengan baik, jenerasi muda yang celik IT telah mengambil peluang tersebut dan beroperasi merompak mata pencarian kita, lalu kita hidup dalam kemiskinan bandar hingga ke hari ini. 

Hari ini saya lihat ramai lagi rakan-rakan kita masih tidak mempunyai akaun FB, TikTok dan sebagainya, walhal kalau kita tengok Kerajaan dan pembangkang tidak pernah terlepas daripada menggunakan laman sosial seperti FB dan TikTok untuk menyebarkan maklumat orang ramai.

Kerana apa..? Kerana mereka sedar dan mereka tahu bertapa besarnya pengaruh laman sosial khususnya TikTok itu dalam menyampaikan maklumat dan sebagainya khususnya kepada jenerasi muda. Tetapi kita...?

Sama juga dengan isu PUSPAKOM dimana kita perlu memasukkan No Pendaftaran Cukai kita (TIN) untuk membuat tempahan permeriksaan kenderaan Teksi Kereta Sewa kita.

Semak no pendaftaran LHDN anda disini NO TIN

Sebenarnya semuanya dihujung jari, tetapi disebabkan kita malas untuk belajar dan hanya tahu mengharapkan segalanya datang bergolek didepan mata, kita tidak pernah mahu belajar dan hanya tahu menyalahkan Kerajaan.

Ubahlah sikap itu wahai sahabat-sahabatku.

Ingat...❗️❗️❗️"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (kita), jika kaum itu sendiri tidak mahu berusaha mengubahnya".

Sampaikan pesanan ini kepada semua rakan-rakan kita diluar sana, mudah-mudahan memberi kesedaran dan manfaat.

Sekian, terima kasih

"MEMBANGUN BERSAMA MALAYSIA MADANI"

KAMALGTSM
YDP Gabungan Teksi Malaysia 
Follow Tiktok saya klik 👉KAMALTEKSI

Popular posts from this blog

PERBINCANGAN RINGKAS BERSAMA APAD

JANGAN TUDUH KAMI ZALIM BILA KERETA SAPU ANDA DILUCUTKAN HAK OLEH JPJ.