SUMBANGAN AWAL PERSEKOLAHAN KERAJAAN PERPADUAN KEPADA PEMANDU TEKSI.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
SALAM PERPADUAN
Alhamdullilah... Kami memanjatkan syukur kepada Allah SWT dan terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan kerana telah meluluskan permohonan kami untuk mendapatkan sumbangan awal persekolahan RM200 bagi setiap anak-anak pemandu teksi.
Sumbangan akan dimulakan esok (07/03/2024 Khamis) oleh YBhg Tuan Ahmad Farhan bin Datuk Seri Fauzi Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri kepada 200 anak pemandu teksi di Rawang Selangor.
Keadaan ini jelas membuktikan bahawa pemandu teksi sentiasa dihati Kerajaan khususnya YAB Perdana Menteri itu sendiri.
"MEMBANGUN BERSAMA MALAYSIA MADANI"
Sekian, terima kasih
KAMALGTSM
YDP Gabungan Teksi Malaysia
06/03/2024