TEKSI THAILAND LEBIH BAIK DARI TEKSI MALAYSIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ini saya berada di Bangkok Thailand, sebenarnya ini bukan lah trip pertama saya melawati Bangkok, sebenarnya saya boleh dikatakan sering ke Bangkok atas urusan kerja, malah saya juga sering ke Indonesia & Hong Kong.

Apa yang ingin saya katakan disini, adalah berkaitan dengan industri teksi.

Suka atau tidak, sejujurnya saya akui kualiti perkhidmatan Teksi disini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan perkhidmatan Teksi di Negara kita yang tercinta.

Seperti kebiasaannya, kerajaan akan masyarakat akan menunding jari dan menyalahkan pemandu, walhal pihak yang seharusnya dipertanggungjawabkan adalah Kerajaan.

Kenapa saya katakan kerajaan..?

Sebenarnya apa yang berlaku di dalam industri teksi Negara adalah hasil daripada peraturan dan ketetapan yang dibuat oleh kerajaan.

Baik dari segi pemilihan kenderaan, kadar tambang, cara perkhidmatan, penguatkuasaan dan sebagai adalah perkara yang ditentukan oleh kerajaan.

Pemandu Teksi hanyalah golongan rakyat B40 yang menjadi mangsa, mereka harus memberi perkhidmatan dengan mematuhi segala peraturan dan ketetapan yang dibuat oleh kerajaan.

Maka itu, saya tidak meletakkan atau menyalahkan rakan-rakan pemandu, sebaliknya saya meletakkan segala pertanggungjawaban tersebut kepada kerajaan khususnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat - SPAD dan Kementerian Pengangkutan - MOT.

Perkhidmatan Teksi di Malaysia boleh dikatakan mundur dan ketinggalan zaman waimah sekalipun jika dibandingkan dengan Thailand dan Indonesia.

Masalah ini berpunca daripada kelemahan Agensi kerajaan yang diamanahkan tugas membuat dasar dan mengawal selia industri teksi Negara khususnya SPAD dan MOT.

Sebenarnya inilah punca utama kepada kerosakan dan kemunduran industri teksi Negara.

Kerajaan telah melakukan kesilapan besar dengan satu tempoh yang sangat lama, kerajaan telah melantik dan meletakkan individu-individu yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang industri di dalam Agensi kerajaan untuk membuat dasar dan peraturan kepada industri pengangkutan darat negara.

Kesudahannya, mereka yang diamanahkan tugas bukan sahaja tidak mampu memacu industri teksi ke arah kemajuan, malah mereka yang tidak mempunyai nilai insan menabur pasir ke dalam periuk nasi pemain industri.

Malah..... Tidak mustahil gejala rasuah yang menjala di dalam Agensi kerajaan khususnya SPAD telah menyebabkan mereka bertindak membuat dasar yang hanya memihak dan melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga menjahanamkan eco sistem industri teksi Negara.

Lihat sahajalah suasana di Lapangan Terbang Thailand, disini mereka masih mengekalkan dan menaikkan imej TAXI (Teksi) sebagai perkhidmatan yang sah dan diiktiraf dunia. 

Mereka tidak menggunakan alasan kemajuan teknologi dan trend untuk menukar mood pengguna kepada Ehailing yang sebahagian besarnya menjurus kepada kepentingan Grab.

Namun keadaan tersebut sangat berbeza di Negara kita, Kerajaan bukan sahaja tidak berusaha memajukan industri teksi, malah bertindak mewujudkan double standard Undang-Undang diantara Teksi dan Ehailing demi menjaga kepentingan kroni-kroni kapatilis.

Saya berpendapat, jika kerajaan sendiri tidak mahu bersikap tulus dan jujur dalam membuat peraturan, industri pengangkutan Negara khususnya industri teksi Negara akan terus mundur dari Thailand dan Indonesia, secara tidak langsung ia akan menyumbang ke arah ketidakpercayaan pelancong luar dan pelaburan langsung asing ke Negara kita.

Bersama lah kita runungkan, ke mana kita ingin bawa Negara kita, adakah ke arah kemajuan atau kemunduran...?

Jika ke arah kemajuan, kerajaan (MOT) harus melakukan perubahan dengan menyerapkan wakil-wakil pemain industri ke dalam unit pembuat dasar, agar dasar yang dibuat lebih realistik dan dapat dilaksanakan tanpa mengabaikan kebajikan pemain industri.

Saya sendiri telah lama bersedia berkhidmat memajukan dan memartabatkan industri pengangkutan darat negara.

Sekian, terima kasih

KAMALPPDM
Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia 







Popular posts from this blog

PERBINCANGAN RINGKAS BERSAMA APAD

JANGAN TUDUH KAMI ZALIM BILA KERETA SAPU ANDA DILUCUTKAN HAK OLEH JPJ.

PESANAN KEPADA PEMANDU TEKSI MALAYSIA