KERAJAAN MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN DENGAN MENABUR PASIR KE DALAM PERIUK NASI PEMANDU TEKSI.
HANYA NEGARA KAFIR MENGAMALKAN RULE OF LAW & MEMBERI KEADILAN KEPADA RAKYAT MEREKA TANPA DISKRIMINASI GOLONGAN.
Di Malaysia orang Politik yang menjadi kerajaan menjadikan isu pencerobohan industri Teksi sebagai peluang pekerjaan walaupun jelas perbuatan tersebut bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
Malah demi menjaga kepentingan syarikat-syarikat #Kleptokasi, mereka mewujudkan peraturan double standard.
Teksi diketogerikan sebagai komersial dan E-hailing pula kekal sebagai persendirian. Walhal kedua-dua perkhidmatan tersebut menjalankan aktiviti yang 100% sama, iaitu komersial.
Tak cukup dengan isu itu, mereka membiarkan pula aktiviti E-hailing beroperasi tanpa permit yang sah, sedang Teksi terus diberi tekanan.
Fakta :
Mewujudkan peluang pekerjaan dengan menabur pasir ke dalam periuk nasi pemain industri.
Kebajikan dan keselamatan pemain industri terus diperjudikan, rakyat (pemain industri) terus dijadikan mangsa. Tak sungguh tak kata.
Kesimpulan :
Sudah tiba masanya pemain industri perkhidmatan dan pengangkutan di seluruh Negara bersatu hati untuk melakukan perubahan yang besar demi industri dan kebajikan kita sendiri, harapkan mereka, mereka akan terus menerus mengayakan kroni-kroni mereka.
Yang kaya terus kaya, kita terus merana.
Hari-hari kita dapat lihat anak muda kita ( #PHailing ) khususnya anak-anak muda #melayu terkoban diatas jalan raya, ada yang parah dan ada yang maut tanpa sebarang pembelaan kepada mereka. Inikah yang dikatakan peluang pekerjaan?
#KAMALGTSM
YDP Gabungan Teksi Malaysia
#GTSM
#duniateksi
#mediagtsm
#KeluargaMalaysia
https://techxplore.com/news/2021-09-uber-taxi-drivers-france.html