SPAD TIDAK WAJAR DIKEMBALIKAN


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Saya adalah salah seorang yang bertanggungjawap berkempen pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat - SPAD.

SPAD bukan sahaja gagal mentransformasikan industri pengangkutan darat Negara khususnya industri Teksi, bahkan SPAD telah menghancurkan industri Teksi Negara yang sehingga kini masih tidak dapat dipulihkan.

Kehancuran yang SPAD lakukan telah menzalimi ratusan ribu pemandu Teksi/Kereta Sewa dan ahli keluarga mereka.

Ribuan pemandu Teksi/Kereta Sewa kehilangan sumber pendapatan akibat penyalahgunaan kuasa oleh SPAD, malah ratusan ribu anak-anak pemandu Teksi Kereta Sewa hidup di dalam kemiskinan bandar.

Perbuatan SPAD telah menyebabkan banyak rumahtangga pemandu Teksi/Kereta Sewa runtuh.

SPAD mewujudkan peraturan double standard diantara Teksi dan Ehailing, sedangkan kedua-kedua perkhidmatan tersebut menjalankan satu aktiviti yang sama, yaitu mengambil penumpang dari satu destinasi ke satu destinasi dengan mengenakan sesuatu kadar upah (Komersial).

Peraturan yang SPAD wujudnya bukan sahaja memusnahkan industri Teksi Negara, malah telah memberi kuasa penuh kepada syarikat-syarikat kapatilis mengaut keuntungan diatas penderitaan rakyat (pemandu) bahkan peraturan tersebut juga membolehkan mereka menindas pemandu (Teksi, Kereta Sewa dan E-hailing).

Selain itu, kegilaan SPAD turut memberi kesan buruk kepada rakan-rakan pengusaha/pemandu Bas dan Lori.

Selama SPAD berkuasa, mereka menguatkuasa undang-undang tanpa perikemanusiaan, kompaun-kompaun yang dikenakan juga terlalu tinggi dan maha zalim. 

SPAD ditubuhkan bukan untuk mentransformasikan industri pengangkutan darat Negara, sebaliknya ia adalah bertujuan untuk memberi jawatan kepada kroni-kroni politik yang hanya membazirkan duit rakyat, pegawai-pegawai SPAD yang dilantik juga bukan dari pemain industri, maka itu tanpa pengalaman, pengetahuan, keikhlasan dan ketulusan, semua pelan yang SPAD wujudkan bukan sahaja tidak berjaya, malah menjahanamkan lagi industri pengangkutan darat Negara.

Kami akui, walaupun kami tidak bergembira dengan keangkuhan dan kesombongan Menteri Pengangkutan di zaman Pakatan Harapan - PH, namun kami bersyukur dan berterima kasih kepada Pakatan Harapan kerana telah membubarkan SPAD. 

Sehubungan dengan itu, kami berharap Kerajaan tidak akan mengulangi dan mengembalikan SPAD seperti yang dicadangkan oleh salah seorang mantan pegawai SPAD yang bertanggungjawap menjahanamkan industri pengangkutan darat Negara selama ini.

KAMARUDIN BIN MOHD HUSSAIN
Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia

Popular posts from this blog

TEKSI THAILAND LEBIH BAIK DARI TEKSI MALAYSIA

PESANAN KEPADA PEMANDU TEKSI MALAYSIA

GTSM RAKAM UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MENTERI PENGANGKUTAN YB ANTHONY LOKE