KADAR TAMBANG EHAILING MAHAL - MEREKA TELAH LAMA MERANCANG, CUMA KITA YANG LALAI.
Mereka dah rancang tapi kita yang lalai.
Sebenarnya kami (pemandu Teksi) dah lama nampak dan tahu agenda tersembunyi pihak-pihak syarikat kapatilis seperti Grab, tetapi malangnya pandangan kami dimanipulasikan sebagai pihak yang menolak kemajuan teknologi, tidak mahu berubah dan sebagainya.
Syarikat-syarikat kapatilis seperti Grab mempunyai agenda untuk menghapuskan Teksi dan memonopoli industri Teksi Negara, dan untuk menjayakan rencana mereka, tidak mustahil mereka telah merasuah pegawai-pegawai Kerajaan khususnya SPAD.
Maka itulah segala cadangan yang diberikan oleh kami (pemain industri) di dalam Makmal kepada SPAD telah dimanipulasikan dan SPAD telah mengemukan cadangan-cadangan yang bertentangan kepada Kerajaan untuk di luluskan di Parlimen.
Dan apabila Kerajaan bertukar, Menteri Pengangkutan yang angkuh dan sombong tidak mahu mengkaji semula cadangan-cadangan yang dikemukakan SPAD walaupun kami berkali-kali menghantar surat kepada beliau, lebih memburukkan keadaan beliau meneruskan segala rancangan SPAD.
Lihat sahaja peraturan-peraturan yang SPAD cadangkan kepada Kerajaan :-
1. SPAD mewujudkan perbezaan pentakrifan.
Teksi ditakrifkan sebagai komersial, dan E-hailing pula ditakrifkan sebagai persendirian, walhal kedua-dua perkhidmatan tersebut menjalankan satu aktiviti yang sama yaitu mengambil penumpang dari satu destinasi ke satu destinasi dengan mengenakan sesuatu kadar upah.
2. SPAD mewujudkan perbezaan kadar komisyen. Teksi 10%, manakala Ehailing 20%.
Apabila ada perbezaan kadar komisyen diantara Teksi dan E-hailing, sudah pasti lah pihak syarikat lebih cenderung menyalurkan tempahan penumpang kepada pihak yang memberi keuntungan yang lebih tinggi.
3. Isu kadar tambang
Tambang Teksi adalah satu kadar tambang yang ditentukan oleh Kerajaan hasil daripada penilaian segala kos yang terpaksa ditanggung oleh pemandu dan kadar yang tidak membebankan penumpang.
Manakala kadar tambang Ehailing pula tidak dikawal, dan diserah bulat-bulat kepada syarikat-syarikat kapatilis untuk menentukannya.
Kesudahannya, syarikat-syarikat kapatilis ini bukan sahaja memanipulasikan kadar tambang, malah mereka menggunakan segala dana yang mereka yang ada untuk menjerat penumpang dengan membuang harga supaya Teksi dinampakkan terlalu mahal.
Mereka ingin bunuh industri Teksi dan seterusnya menguasai industri Teksi, dan apabila Teksi telah pupus, penumpang tidak akan ada pilihan dan masa itulah syarikat-syarikat kapatilis ini akan menaikkan kadar tambang mengikut suka hati mereka.
Cuma.... Apa yang dirancang oleh syarikat-syarikat kapatilis dengan SPAD tidak berjaya.
Walaupun mereka telah berjaya menghapuskan hampir 70,000 Teksi/kereta sewa diseluruh Negara termasuk di Sabah dan Sarawak, namun mereka masih gagal menguburkan keseluruhan Teksi/Kereta Sewa sedia ada.
Kini penumpang (rakyat) telah sedar, hasil pemantauan di media masa juga mendapati hampir setiap hari akan ada sahaja rungutan penumpang berhubung kadar tambang Ehailing yang terlalu mahal dan adakalanya dari pemandu E-hailing yang tidak berpuas hati dengan kadar tambang yang terlalu rendah.
Sebenarnya kami telah berkali-kali mencadangkan kepada Kerajaan supaya menyelesaikan masalah ini dengan tulus dan tuntas, supaya semua pihak (pemandu Teksi, pemandu E-hailing dan penumpang) boleh hidup di dalam satu suasana yang adil harmoni.
Diantara cadangan yang kami berikan :-
Kerajaan menerusi GLC, bangunkan aplikasi Ehailing yang dikuasai sepenuhnya oleh Kerajaan, kemudian selaraskan semua peraturan dan pentakrifan.
Manakala wang berbilion Ringgit yang terhasil daripada transaksi tempahan penumpang yang ketika ini dirompak ke luar Negara, boleh digunapakai untuk menjaga kebajikan pemandu dan menaik taraf industri Teksi Negara.
Tetapi persoalannya... Sampai bilakah Kerajaan akan membiarkan masalah ini berterusan dan Kerajaan manakah yang mempunyai keazaman untuk menyelesaikan masalah ini dan akan mengguna pakai cadangan kami demi kesejahteraan rakyat...?
KAMARUDIN HUSSAIN
Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia