LANJUTAN KELAS TEKSI EKSEKUTIF.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Untuk makluman rakan-rakan kelas Teksi Eksekutif, dimaklumkan hasil permohonan dan rayuan yang dibuat berhubung isu permit Teksi Eksekutif.

Suka cita dimaklumkan, maklumat awal kelas tersebut akan dilanjutkan sehingga ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak dan selepas satu kajian/makmal diadakan.

SOP akan dikeluarkan oleh #APAD tidak lama lagi. InsyaAllah 

Bagi isu penyerapan kenderaan Teksi Inova kelas Teksi Bajet dan Teksi 1 Malaysia kepada kelas Teksi Eksekutif, ia masih dalam perbincangan.

Terima kasih Menteri Pengangkutan DS Wee Ka Siong & KP APAD Datuk Azlan dan semua yang menjayakannya.

Harap semua ambil maklum.

Sekian, terima kasih 

Saya yang sedia berkhidmat

#KAMALGTSM 
YDP Gabungan Teksi Malaysia 
19/06/2022

Pic : Teksi Eksekutif sendiri #HWD74

Popular posts from this blog

JANGAN TUDUH KAMI ZALIM BILA KERETA SAPU ANDA DILUCUTKAN HAK OLEH JPJ.

PESANAN KEPADA PEMANDU TEKSI MALAYSIA

PERKESO SAMAN PEMANDU TEKSI SEHINGGA RM10,000..?