BENARKAH PEMANDU TEKSI KUFFUR NIKMAT ATAU...?
Ramai yang beranggapan pemberian yang diberikan oleh mantan Perdana Menteri kepada pemandu Teksi suatu ketika dahulu sebagai satu pemberian yang ikhlas daripada kerajaan dan pemandu Teksi yang menolak kerajaan pada masa itu sebagai manusia yang #Kuffur #Nikmat dan tidak reti berterima kasih..
Walhal semua itu hanyalah gula-gula untuk mengaburi mata dan akal fikiran rakyat khususnya pemandu Teksi terhadap kecurangan dan pengkianatan mantan Perdana Menteri dan kerajaannya terhadap pemandu #Teksi/#KeretaSewa di seluruh Negara.
Sebelum #MyTeksi menukar nama mereka kepada #Grab, dan #Ehailing dibentangkan di #Parlimen, saya adalah salah seorang perjuang yang juga Pengerusi Persatuan di Kuala Lumpur telah bertukus lumus merayu dan meminta Kerajaan khususnya mantan Perdana Menteri membuka pintu rundingan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan industri teksi dan #Ehailing
Pelbagai cara telah dilakukan, berkali-kali surat dihantar ke Pejabat beliau, sehingga lah mengadakan beberapa siri perhimpunan di Pejabat Perdana Menteri dan Padang Merbok.
Namun malangnya, mantan Perdana Menteri ketika itu bukan sahaja tidak mahu mendengar suara pemandu Teksi, malah beliau sendiri telah merestui pencabulan Undang-Undang yang dilakukan oleh Syarikat-Syarikat #Kapatilis khususnya Grab dengan alasan-alasan yang sangat lemah.
Seorang Perdana Menteri yang seharusnya mendidik rakyat menghormati Keluhuran Perlembagaan Negara boleh bersubahat merestui pencabulan Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta 715 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Tak cukup dengan itu, beliau juga merestui #KWAP melabur Berbilion-bilion Ringgit di dalam syarikat #Uber, yang akhirnya pegangan syarikat tersebut dibeli oleh Grab, tidak mustahil semua itu telah dirancang.
Untuk mengaburi semua itu, beliau menabur gula-gula dengan mewujudkan program pemberian bantuan kepada pemandu Teksi, kononnya beliau begitu prihatin terhadap nasib pemandu Teksi/Kereta Sewa, walhal itu semua hanyalah untuk mengaburi mata dan akan fikiran rakyat.
Oleh itu...Layakkah pemandu Teksi yang menolak kerajaan beliau pada #PRU14 disifatkan sebagai golongan yang Kuffur Nikmat dan tidak reti berterima kasih...?
Ibarat memberi baja kepada petani, tetapi dalam masa yang sama membenarkan pihak-pihak tertentu merampas semua hasil petani.
Cuba Tuan-Tuan ingati lihat kemusnahan yang ditinggalkan oleh kerajaan dan mantan Perdana Menteri tersebut.
Berapa ratus ribu pemandu dan ahli keluarga pemandu Teksi Kereta Sewa di seluruh Negara hidup dalam kesusahan, malah ada yang terpaksa meninggalkan industri teksi kerana tidak lagi mampu bertahan.
Cuba pula Tuan-Tuan ingati kembali situasai diawal pemulaan Grab giat menguasai industri, mereka bukan sahaja memburuk-burukkan imej kita dengan pelbagai cara, malah terdapat beberapa Menteri, orang politik dan artis turut berkempen memburukkan imej Teksi Malaysia, apakah kita sudah melupai itu semua...?
Tak pa... Biar saya ingatkan.
Saya masih ingat lagi, ramai yang telefon saya minta bantuan, ada yang sedih, menangis dan merayu bantuan dari saya.
En Kamal, saya tak mampu nak beli baju raya untuk anak-anak saya.
En Kamal, saya tidak boleh hantar anak saya pergi sekolah, saya tak mampu beli baju sekolah dan bayar yuran.
En Kamal, saya malu nak bercakap, tapi demi anak-anak, saya terpaksa juga pendam rasa malu saya, En Kamal boleh tak tolonglah hulur bantuan sedikit, saya nak beli susu anak.
Sebenarnya terdapat banyak lagi kisah-kisah sedih dan sengsara yang diajukan rakan-rakan pemandu kepada saya. Saya percaya Tuan-Tuan juga pernah melihat dan mendengar kisah-kisah seperti itu, apakah kita dapat melupakan semua itu..?
Namun dalam banyak kisah yang sedih yang diajukan kepada, saya sangat-sangat tidak boleh terima dengan keruntuhan rumahtanga rakan-rakan kita khususnya yang beragama Islam, bagaimana dengan anak-anak mereka..?
Selain itu, sehingga ke hari ini, isu ketidaksamarataan diantara #Teksi dan #Ehailing tidak dapat diselesaikan, malah rakan-rakan pemandu Ehailing juga menghadapi masalah dengan kadar tambang yang merugikan mereka.
Sedarlah sahabat-sahabatku yang dimuliakan Allah...
Semua penderitaan dan kemusnahan yang kita hadapi dan rakan-rakan Ehailing hadapi selama ini adalah berpunca dan bermula daripada mantan Perdana Menteri dan kerajaannya pada masa itu.
Kesimpulan:-
Sehingga ke hari ini, saya tidak pernah nampak mantan Perdana Menteri yang sedar akan kemusnahan dan penderitaan yang kita semua hadapi dengan ikhlas hati membuat permohonan maaf dan menginsafi perbuatannya sama ada secara sengaja ataupun kecuaian.
Bagi saya adalah lebih baik beliau (Perdana Menteri) menjalankan tanggungjawab melindungi industri dan menjaga kebajikan pemain industri daripada tabur gula-gula semata-mata untuk menampakkan beliau ingin mengurangkan bebanan pemandu Teksi.
Harapan saya, beliau atau sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan sokongan warga teksi perlu bersikap lebih tulus.
Mohon jasa baik rakan-rakan sharekan atikal ini. Tq
#KAMALGTSM