TEKSI MALAYSIA TIDAK AKAN PUPUS
Percayalah usaha terancang pihak kapatilis membunuh industri teksi dengan menambur wang bagi menampakkan Teksi mahal, buruk dan sebagainya tidak akan berjaya.
Saya akui, selama ini mereka telah berjaya mengecilkan jumlah Teksi di dalam Negara ini, namun usaha mereka menguasai industri teksi tidak akan pernah berjaya.
Kenaikkan kadar tambang secara mengila oleh sebuah syarikat Ehailing baru-baru ini telah memberi kesedaran kepada semua pihak khususnya Kementerian Pengangkutan dan rakyat bahawa perkhidmatan Teksi adalah sebuah perkhidmatan yang perlu dikekalkan dan dijaga.
Bayangkan apa nasib rakyat, jika Teksi telah pupus, dan Syarikat-Syarikat Ehailing yang sebahagian besarnya dikuasai oleh kapatilis menakluki industri, sudah pasti penumpang tidak ada pilihan dan terpaksa membayar lebih.
Alasan yang diberikan oleh syarikat Ehailing kononnya kenaikkan kadar tambang terpaksa dilakukan kerana pemandu berkurangan dan pemintaan terlalu tinggi adalah satu alasan yang tidak munasabah dan mempunyai niat untuk mengaut keuntungan diatas kesusahan rakyat.
Saya percaya, apa yang berlaku itu pasti memberi kesedaran kepada semua pihak.
Kesempatan ini, saya dan seluruh warga Teksi Negara merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Datuk KP APAD dan semua yang terlibat menghidupkan kembali industri teksi Negara.
Saya yakin dengan jalinan kerjasama diantara kerajaan, APAD dan pihak Gabungan industri teksi Negara bukan sahaja dapat diberi nafas baru, malah mampu mewujudkan satu keadaan yang lebih baik bertaraf maju. InsyaAllah
PESANAN :-
Kepada semua rakyat Malaysia khususnya pemandu Private Car yang ketika ini terlibat dengan ehailing disarankan jangan lepas peluang keemasan ini, segara buat permohonan untuk mendapatkan permit teksi anda sendiri.
Sekian, terima kasih
KAMARUDIN HUSSAIN
YDP Gabungan Teksi Malaysia
22/07/2022
-------------------------------------------------------------------
Semua rakan-rakan pemandu yang terlibat secara langsung dengan industri teksi dijemput menyertai TAXI4U.
• Pemandu Teksi
• Pemandu Kereta Sewa
• Pemandu Airport
• Pemandu Private Vehicle (Wajib ada PSV)
Kami tidak berminat berlumba-lumba menurunkan kadar tambang untuk merebut penumbang sehingga merugikan rakan-rakan pemandu, sebaliknya kami lebih berminat memastikan rakan-rakan pemandu & penumbang tidak mengalami kerugian.
"Perubahan bermula dari diri kita"
Daftar melalui link ini : https://tinyurl.com/23p7x24l