PENUNGGANG PENGHANTAR BAKAL DIWAJIBKAN MEMILIKI LESEN GDL
Pertama sekali kami ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob diatas keprihatinan beliau terhadap masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli kami (pemandu Ehailing dan rider Phailing) susulan protes yang dilakukan oleh ahli-ahli kami dari sektor Phailing pada 05/08/2022 yang lalu.
Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' Sri Wee Ka Siong Menteri Pengangkutan Malaysia yang telah meluangkan masa berjumpa dan berdailog dengan ahli-ahli kami semalam di Kementerian Pengangkutan Putrajaya.
Sebenarnya saya mempunyai hubungi yang baik dengan YB DS Wee Ka Siong, saya lihat beliau seorang Menteri yang mengamalkan sikap keterbukaan dan sentiasa mahu mendengar masalah pemain industri.
Namun saya percaya kenyataan media beliau semalam telah dipengaruhi oleh penasihat-penasihat beliau yang selama ini menjadi punahsihat di dalam Kementerian Pengangkutan.
Kenyataan media beliau semalam langsung tidak memberi sebarang jawapan atau jalan penyelesaian waimah sekalipun jalan jangka pendek terhadap isu dan tuntutan yang dibuat oleh ahli-ahli kami di dalam protes pada 05/08/2022 yang menuntut kerajaan memastikan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan pengantara tidak menindas mereka.
Kenyataan media YB DS Wee Ka Siong semalam lebih berkisar kepada mewujudkan peraturan baru untuk mengawal selia penunggang Phailing, dimana ahli-ahli kami bakal diwajibkan memiliki lesen GDL seperti mana yang dilaksanakan di dalam sektor Ehailing.
Sejujurnya saya agak sedih dan menjadi serba salah untuk membuat kenyataan media ini, namun saya terpaksa memberi pandangan saya bagi menzahirkan pendirian saya terhadap isu semasa melibatkan ahli-ahli kami.
Kenyataan YB Menteri semalam tidak sensitif terhadap harapan dan tuntutan ahli-ahli kami, dan sudah lah pasti keadaan tersebut bakal memberi kesan tidak baik sokongan ahli-ahli kami kepada kerajaan.
Ahli-ahli kami menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan supaya mengawal selia Syarikat-Syarikat pengantara yang selama ini menindas ahli-ahli kami, namun malangnya Kementerian lebih berminat ke arah mengawal ahli-ahli kami dan penjanaan kewangan hasil Lesen GDL.
Keadaan tersebut bakal menyusahkan lagi ahli-ahli kami, seharusnya Kementerian lebih memberi penekanan terhadap nasib ahli-ahli kami dan bukannya mendakwa ahli-ahli kami tidak bijak (faham) tentang kerakusan Syarikat-Syarikat pengantara (Kapitilis).
Perkara yang berlaku di dalam sektor Ehailing bakal berlaku di dalam sektor PHailing.
Saya berpendapat selagi Kementerian tidak mahu belajar dari kesilapan, selagi itu masalah industri tidak akan dapat diselesaikan secara tulus dan tuntas.
Seharusnya Kementerian belajar dari kesilapan, ketetapan yang pernah dibuat oleh mereka dahulu bukan sahaja gagal menaik taraf industri perkhidmatan awam, dan menjaga kebajikan pemain industri, malah mereka juga telah gagal menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh pemain industri, lebih malang pemain industri ditindad syarikat kapitilis.
Niat baik Kementerian untuk memberi krusus keselamatan kepada ahli-ahli kami sebenarnya boleh dilaksanakan dengan cara lain, dan bukannya dengan mewajibkan ahli-ahli kami memiliki lesen GDL, kerana ketetapan tersebut bukan hanya akan membebankan lagi ahli-ahli kami, malah tidak mustahil demi menjaga kepentingan syarikat-syarikat PHailing, segala syarat dan peraturan yang selama ini untuk memastikan keselamatan akan dilonggarkan seperti yang telah dilakukan kepada Lesen PSV, dimana Lesen tersebut kini boleh disifatkan sebagai tidak ada kualiti dan hanya untuk menyumbang kepada keberhasilan negara.
KAMARUDIN HUSSAIN
Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia