PERJUMPAAN RINGKAS DENGAN KSU KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DATUK ISHAM ISHAK
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Hari ini ketika saya berurusan dengan unit kejurutetaan JPJ di tingkat 4 Kementerian Pengangkutan di Putrajaya, saya sempat berjumpa dengan KSU Kementerian Pengangkutan YBHG Datuk Isham Ishak dipejabat beliau.
Saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Datuk Isham, sekalipun beliau begitu sibuk, namun beliau dapat meluang sedikit masa untuk berjumpa dengan saya.
Beberapa perkara berkaitan industri teksi dibincangkan dan topik paling utama yang saya panjangkan adalah berkenaan hala tuju Rebranding Teksi.
Saya berpendapat sudah tiba masanya peremajaan Teksi harus dilakukan bagi menaikkan taraf semula industri teksi, namun saya agak kurang bersetuju dengan cadangan segelitir pihak koperat untuk memperkenalkan Teksi Electrik, kerana tindakan tersebut bakal memberi kesan yang sangat buruk kepada pemandu Teksi/Kereta Sewa.
Walaupun penggunaan Teksi Electrik seakan-akan kelihatan sangat bagus dan moden, namun hakikatnya dalam keadaan pemandu Teksi/Kereta Sewa tidak dapat bersaing secara adil dan sihat dengan perkhidmatan Ehailing, malah turut terkesan dengan masalah Sekuriti Makanan Global dan Inflasi, sudah lah pasti penggunaan Teksi Electrik akan menyebabkan pemandu Teksi/Kereta Sewa akan lebih terseksa.
Hari ini penumpang bukan melihat kepada jenis kenderaan, sebaliknya penumpang lebih berminat untuk mendapatkan perkhidmatan yang murah dan kalau boleh mereka nak free, oleh itu bagaimana rakan-rakan pemandu yang terlibat dengan Teksi Electrik boleh bertahan..?
Jadi tidak mustahil rancangan penggunaan Teksi Electrik akan menyebabkan ramai pemandu yang terjebak dengan Teksi Electrik menjadi muflis kerana tidak mampu membiayai pinjaman kereta tersebut.
Jalan paling mudah ketika ini adalah dengan membawa masuk kenderaan-kenderaan reckon berusia 6 Tahun ke bawah dari luar Negara untuk dijadikaan Teksi.
Kenderaan-kenderaan yang dimaksudkan seperti:-
1. Honda Accord
2. Toyota Altis
3. Toyota Camry dan sebagainya.
Selain harga kenderaan tersebut lebih murah dari kenderaan baru keluaran Proton dan Perodua, kualiti kenderaan tersebut juga lebih baik dan sangat berkualiti. Malah pembiayaan kenderaan tersebut lebih murah.
Saya percaya dengan program Rebranding Teksi yang dicadangkan oleh GTSM tersebut, bukan sahaja bebanan rakan-rakan pemandu dapat diringankan, bahkan mereka dapat membawa pulang wang yang lebih kepada keluarga dan menabung untuk pembelian kenderaan baru pada masa akan datang.
Secara tidak langsung, imej industri teksi akan menjadi lebih baik, penumpang lebih selesa dan rakan-rakan pemandu akan menjadi pemandu yang profesional dan berektika.
KAMALGTSM
YDP Gabungan Teksi Malaysia