RAKAN PHAILING MINTA KERAJAAN MENGAWAL SELIA SYARIKAT, MOT RANCANG MENAMBAH PERATURAN MENGAWAL RAKAN PHAILING.
Inilah hasil bila kita masih tidak mahu bersatu hati, dan tidak mustahil selepas ini akan lebih banyak lagi penindasan akan dikenakan kepada anda semua.
Dari dahulu lagi saya dah ajak rakan-rakan semua bersama dengan kami di dalam PPDM supaya kita mempunyai kekuatan dan berkemampuan membuat tuntutan di PRU15, dimana kita akan hanya berkempen dan memenangkan parti Politik yang berani menandatangani perjanjian bertulis dengan pihak kita.
Sekurang-kurangnya kita mahu wakil-wakil kita mengantikan mereka-mereka yang tidak bertimbang rasa di MOT tu, dan seterusnya mengubah semua dasar yang tidak memihak kepada kita.
Tetapi selagi kita masih dok bergantung kepada parti-parti tentu, selagi itulah nasib kita tidak akan terbela, mereka hanya bersama kita untuk kepentingan Politik mereka, dan bila dah lepas PRU mereka akan melupakan dan terus menindas kita.
Buktinya :-
Masalah yang kita hadapi selama ini bukan lah masalah baru, sebaliknya ia adalah masalah telah belaku bertahun-tahun lamanya dan telah melalui beberapa perubahan kerajaan, namun malangnya mereka terus dan meneruskan ingin menindas dan memangsakan kita.
Fikir-fikirkanlah, sesungguhnya Allah beri kita akal untuk berfikir dan bukannya terus dilembukan.
#KAMALPPDM
Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia