RANCANGAN PEREMAJAAN TEKSI NEGARA.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sudah tiba masanya industri teksi Negara diberi nafas baharu, namun jika pelan peremajaan Teksi ini ingin dilakukan dengan penggunaan kenderaan baharu, sudah pasti ia tidak akan berjaya.
Kerana hari ini, Negara bukan sahaja sedang menghadapi kenaikkan harga barang yang tidak terkawal, malah perlaksanaan PKP selama hampir 2 bagi mengengkang penularan wabak Covid 19, benar-benar telah menyebabkan pemandu Teksi/Kereta Sewa kini terpaksa hidup di bawah paras kemiskinan.
Maka itu, saya mencadangkan kepada kerajaan agar mempertimbangkan cadangan yang saya bawa ini bagi menghidupkan kembali industri teksi Negara, secara tidak langsung pelan ini dapat membantu pemandu-pemandu Teksi dan Kereta Sewa di seluruh Negara termasuk di Sabah dan Sarawak mencari rezeki.
Tetapi semua ini tidak dapat dilaksanakan jika kerajaan khususnya Kementerian-Kementerian yang berkaitan masih ingin mengekalkan sistem birokrasi.
Pegawai-pegawai kerajaan khususnya di dalam Kementerian Pengangkutan harus berpijak dibumi yang nyata dan melihat keupayaan pemain industri, apakah anda ingin membiarkan imej pengangkutan darat negara terus suram atau anda ingin melihat perubahan..?
Sehubungan dengan itu, GTSM telah merangka satu pelan peremajaan Teksi dengan penggunaan kenderaan -kenderaan import terpakai.
InsyaAllah dalam waktu terdekat saya akan membentangkan kertas kerja ini kepada YB Menteri Pengangkutan Malaysia.
Besar harapan saya kertas kerja ini bukan sahaja akan dipertimbangkan, malah dapat diangkat ke Pejabat Perdana Menteri dan seterusnya diluluskan.
Penggunaan kenderaan-kenderaan import terpakai ini mempunyai potensi tinggi untuk menaik taraf industri teksi Negara, tanpa mempunyai sebarang unsul penindasan kepada pemandu Teksi/Kereta Sewa Negara.
MANFAAT KEPADA PEMANDU TEKSI/KERETA SEWA.
1. Kadar pembiayaan harian yang lebih murah sekitar RM50 sehari.
2. Tempoh perjanjian sewa beli yang lebih pendek sekitar 3 - 4 Tahun.
3. Mengembalikan keyakinan dan kepercayaan penumpang terhadap industri teksi Negara.
4. Memberi ikhtizam kepada pemandu Teksi/Kereta Sewa untuk bersikap lebih profesional dan berektika.
MANFAAT KEPADA RAKYAT :-
1. Kadar tambang yang tidak membebankan penumpang.
2. Perkhidmatan yang lebih selesa.
3. Perkhidmatan dan kenderaan yang lebih berkualiti dan boleh dipercayai.
MANFAAT KEPADA KERAJAAN :-
1. Memberi imej baik kepada Negara.
2. Mengembalikan keyakinan pelancongan luar kepada perkhidmatan Teksi Negara.
3. Membantu menjana pertubuhan ekonomi Negara.
4. Mengembalikan sokongan pemandu Teksi/Kereta Sewa kepada kerajaan.
Sekian, terima kasih
KAMARUDIN HUSSAIN
YDP Gabungan Teksi Malaysia
06/10/2022