SESI BERSAMA PELANGGAN ANJURAN PUSPAKOM

Assalamualaikum & Salam Malaysia MADANI

Hari ini (Selasa 19/09/2023) kami telah menghadiri sesi Hari Bersama Pelanggan anjuran PUSPAKOM di Teluk Kumbar Pulau Pinang. 

Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PUSPAKOM khususnya YBhg Dato' Ooi Win Juat Ketua Pemasaran & Khidmat Nasihat yang telah mempelawa kami untuk bersama. Turut hadir bersama Puan Leong Pei Yee Ketua Komunikasi & Khidmat Pelanggan. 

Terima kasih turut diucapkan kepada semua yang hadir :-
1. En Manickam - T/YDP GTSM
2. EN Jayaprakash - Naib Presiden Zon Barat
3. En Murli - Naib Presiden Zon Utara
4. En Krishnamurthi - Sg Petani
5. En Supramaniam - Seberang Perai
6. En Shahril - Pengerusi Penang Sentral
7. En Pannir Selvam (Pengerusi Kop Pelancongan P. P dan rakan-rakan pemandu yang hadir bersama. 

Dalam program tersebut pihak PUSPAKOM memberi pencerahan berhubung integriti dan proses pemeriksaan keselamatan kenderaan. 

Kami turut dibawa ke litar pemeriksaan bagi melihat sendiri kaedah-kaedah pemeriksaan yang dijalankan. 

Saya sempat menekankan beberapa perkara:-

1. Ketulusan pegawai membuat pemeriksaan kenderaan, kerana sekalipun PUSPAKOM telah meningkat kelengkapan pemeriksaan berteknologi tinggi, namun pemeriksaan kenderaan masih terikat dengan faktor manusia, dimana pemeriksaan Gelincir Sisi dan ujian break masih perlu dilakukan secara manual yang boleh mempengaruhi sesuatu keputusan. 

2. Item-item yang gagal khususnya pemeriksaan Brake perlu dicatatkan dengan jelas di dalam laporan pemeriksaan supaya pemilik kenderaan dan pusat service kenderaan boleh faham masalah yang dihadapi.

3. Menyediakan tatacara proses membawa kenderaan untuk pemeriksaan di PUSPAKOM. 

Selain itu, pihak PUSPAKOM mengalu-alukan sebarang maklum balas dan aduan diajukan kepada mereka melalui:-

Customer Service : 03 51017000
Live Chat: www.puspakom.my
Email: customerservice@puspakom.com.my
Whistleblowing: whilstleblower@drb.hicom.com
Tel: 1800 88 2005
 
Video cara buat booking pemeriksaan kenderaan klik 👉 PUSPAKOM

Sekian, terima kasih

"KE ARAH MEMARTABATKAN INDUSTRI TEKSI NEGARA” 

“BERSAMA MEMBANGUNKAN MALAYSIA MADANI” 

KAMARUDIN HUSSAIN
YDP Gabungan Teksi Malaysia
19/09/2023



Popular posts from this blog

TEKSI THAILAND LEBIH BAIK DARI TEKSI MALAYSIA

PESANAN KEPADA PEMANDU TEKSI MALAYSIA

GTSM RAKAM UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MENTERI PENGANGKUTAN YB ANTHONY LOKE