SESI PERJUMPAAN BERSAMA TUAN FARHAN SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB PERDANA MENTERI.
Assalamualaikum & Salam Malaysia MADANI.
Alhamdulillah...
Hari ini Khamis 14/09/2023 dengan izin Allah saya bersama Mr Manickam telah menghadiri sesi perjumpaan bersama Tuan Farhan Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri.
Diantara perkara-perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut:-
1. Penyerahan surat permohonan mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim.
2. Permohonan Geran Khas RM1000 dalam Bajet 2024 kepada 40,000 pemandu teksi/kereta sewa berdaftar diseluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.
3. Mengadakan program bersepadu (Teksi, Lori, Bas, dan e-hailing) bertemu YAB Perdana Menteri.
Apa yang dapat saya jelaskan disini, dengan adanya sesi bertemu YAB Perdana Menteri, setiap wakil pemimpin pertubuhan bakal diberi ruang untuk mengutarakan sendiri masalah-masalah yang dihadapi kepada YAB Perdana Menteri.
Ini akan menjadi sejarah, bahawa Kerajaan Perpaduan dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri sentiasa cakna terhadap nasib rakyat khususnya pemain industri pengangkutan darat negara.
Persepsi kita (pemandu) dipinggirkan kerajaan bakal disingkirkan. InsyaAllah
Sekian, terima kasih
"BERSAMA MEMBANGUNKAN MALAYSIA MADANI"
"KE ARAH MEMARTABATKAN INDUSTRI TEKSI NEGARA"
KAMARUDIN HUSSAIN
YDP Gabungan Teksi Malaysia