PERBINCANGAN BERSAMA MOT UNIT DARAT

Assalamualaikum & Salam Malaysia MADANI

Hari ini di KEMENTERIAN PENGANGKUTAN kami telah mengadiri mesyuarat bersama Tuan Wan Mohd Asraf Bin Wan Salleh Setiausaha Bahagian Darat, turut hadir bersama Tuan Mohd Tamizi Bin Shafiin Ketua Penolong Pengarah APAD dan pegawai-pegawai yang berkenaan. 

Diantara perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut:-

1. JUMLAH TEMPAT DUDUK KENDERAAN TEKSI MPV. 
Kami mohon polisi sedia ada yang menafikan hak pemandu teksi MPV 7 tempat duduk dirombak semula bagi membolehkan kenderaan teksi MPV 7 tempat duduk membawa penumpang mengikut jumlah tempat duduk yang disediakan oleh pengeluar kenderaan.

Alhamdulillah.. Secara dasarnya Kementerian meluluskan. 


2. TEKSI EKSEKUTIF
Berikutan rayuan daripada ahli-ahli yang memandu dan pernah memandu kenderaan Teksi Eksekutif supaya kelas Teksi Eksekutif dikekalkan. 

Hari ini kami sekali lagi memohon kepada Kementerian Pengangkutan supaya perkhidmatan Teksi Eksekutif yang telah dimansuhkan oleh SPAD satu ketika dahulu dikembalikan. 

Selain itu, kami menyarankan kepada Kementerian supaya memberi peluang kepada semua pemilik kenderaan teksi MPV yang ketika ini di dalam kelas Bajet dan TEKSIM memigratekan perkhidmatan mereka kepada Kelas Teksi Eksekutif. 

Namun kebenaran itu perlu mematuhi beberapa syarat seperti:-

a. Kenderaan MPV itu harus dicat dengan warna biru metelic. 

b. Meter tambang Teksi perlu diselaraskan mengikut kadar tambang Teksi Eksekutif serta menjalani pemeriksaan meter dipusatkan pemeriksaan yang sah (PUSPAKOM). 

Perubahan ini bakal memberi peluang kepada pemilik-pemilik kenderaan teksi MPV menampung kos pengoperasian mereka. InsyaAllah. 

Alhamdulillah... Sekali lagi secara dasar, pemohonan kami diberi keputusan yang memuaskan. 


3. PENYELERASAN MODEL TEKSI. 
Berikutan kecelaruan yang berlaku di dalam industri teksi sehingga menyumbang kepada persepsi negatif penumpang khususnya pelancongan luar kepada perkhidmatan teksi Negara. 

Kami memohon kepada Kementerian Pengangkutan supaya menyelaskan semula model-model kenderaan teksi sedia ada kepada 2 kelas mengikut model dan keupayaan enjin (CC). 

Diantara kelas teksi yang dicadangkan:-
a. TEKSI BAJET - Sedan & 2000cc ke bawah. 
b. TEKSI EKSEKUTIF - Sedan & MPV 2000cc ke atas. 

Ketika ini kecelaruan model teksi Toyota Innova benar-benar memberi persepsi negatif penumpang kepada pemandu teksi. Satu model kenderaan dengan 3 kadar tambang yang berbeza. 

a. Teksi Toyota Innova Bajet - RM3
b. Teksi Toyota Innova TEKSIM - RM4
c. Teksi Toyota Innova Eksekutif - RM6


4. TINTED CERMIN GELAP
Kami memohon Kementerian Pengangkutan membenarkan kenderaan Teksi/Kereta Sewa dan E-Hailing menggenakan tinted pada cermin kenderaan mereka. 

Pemohonan kami seperti berikut:-
a. Cermin hadapan - 30% Kegelapan. 
b. Cermin pemandu dan penumpang hadapan - 50% kegelapan. 
c. Cermin penumpang belakang - 70% kegelapan. 
d. Cermin belakang - 70% kegelapan

Kadar % yang dipohon berdasarkan kegelapan dan bukannya ketulusan cahaya. 

5. PENGUATKUASAAN
Berdasarkan aduan yang kami terima dan pengalaman kami sendiri, kami mohon Kementerian mengarahkan semua agensi penguatkuasaan khususnya JPJ melakukan penguatkuasaan yang lebih kerap dan teratur terhadap ulat-ulat teksi dan pemandu-pemandu E-Hailing yang melangan penumpang tanpa menggunakan aplikasi E-Hailing seperti yang tertakluk dibawah Akta 715 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kelemahan pihak berkuasa khususnya JPJ bukan sahaja menjejaskan pendapatan kami malah turut meletakkan penumpang di dalam risiko tidak dilindungi insurans. 

Perkara ini sebenarnya satu perkara yang serius, namun malangnya JPJ gagal menjalankan tugas dan amanah mereka dengan cermerlang. 

6. PUSPAKOM
Kami mohon 2 pemeriksaan tidak relevan di PUSPAKOM dimansuhkan kerana kedua-dua pemeriksaan tersebut bukan sahaja tidak menyumbang kepada aspek keselamatan ketika memandu, malah hanya mengundang kesinambungan jenayah RASUAH

Diantara 2 pemeriksaan tidak relevan:-

1. GELINCI SISI - Fungsi Gelinci Sisi atau dikenali sebagai Alignment adalah untuk memastikan sesebuah kenderaan itu bergerak lulus di atas jalan raya.

Namun jika diperhalusi semula segala aspek, kami mendapati pemeriksaan tersebut TIDAK wajar dikekalkan kerana:-

a. Keputusan ujian tersebut boleh dipengaruhi oleh pegawai uji dengan hanya menyentuh steering kenderaan.

b. 99.9% Mesin Alignment di pusat servis tayar tidak sama dengannmesin uji di PUSPAKOM. 

c. Ujian dilakukan dengan tangan tidak memegang steering, sedangkan pemanduan sebenarnya di atas jalan raya steering sentiasa dipegang. 

Kami membantah pemeriksaan ini dikekalkan kerana pemeriksaan ini hanya mengundang perbuatan kianat dan rasuah.

Dari segi aspek keselamatan, kami yakin ia amat kurang merisikokan. 

Selain itu, aspek pemukaan jalan raya juga diambil perhitungan kerana pemukaan jalan yang tidak rata dan berlubang menyebabkan kerosakan gelincir sisi. 

2. PEMERIKSAAN BRAKE TANGAN - Brake Tangan hanya digunakan ketika pakir dan ia sama sekali tidak menjejaskan keselamatan ketika pemanduan. 

Ringkasan pencerahan di VIDEO

Sekian, terima kasih

"BERSAMA MEMBANGUNKAN MALAYSIA MADANI"

KAMARUDIN HUSSAIN
YDP Gabungan Teksi Malaysia
05/10/2023

Popular posts from this blog

TEKSI THAILAND LEBIH BAIK DARI TEKSI MALAYSIA

PESANAN KEPADA PEMANDU TEKSI MALAYSIA

GTSM RAKAM UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MENTERI PENGANGKUTAN YB ANTHONY LOKE