BENARKAH BELANJAWAN 2024 SEBUAH BELANJAWAN YANG MENGENEPIKAN PEMANDU TEKSI.?


Assalamualaikum & Salam Malaysia MADANI

Salam Perpaduan

Mengulas isu berkaitan belanjawan 2024, bagi saya jika Geran Khas RM1K yang saya mohon untuk 40K pemandu Teksi dan Kereta Sewa diluluskan ia adalah bonus.

Tetapi bagi saya perkara yang paling utama yang seharusnya kita semua tuntut dari kerajaan adalah penyelesaian kepada masalah pokok yang selama ini kita hadapi iaitu masalah ketidaksamarataan diantara perkhidmatan Teksi & Ehailing. 

Kerana Geran Khas RM1000 bukan sahaja tidak mampu menyelesaikan masalah kita, malah sama sekali tidak akan mampu menampung kos sara hidup kita selama 1 tahun untuk sampai ke Belanjawan 2025, sebaliknya bila masalah ketidaksamarataan diselesaikan secara tuntas, kita semua boleh berdikari mencari rezeki dalam satu suasana yang adil dan harmoni tanpa terus menerus bergantung harap kepada bantuan seperti peminta sedekah.

Namun malangnya KEMENTERIAN PENGANGKUTAN khusunya YB ANTHONY LOKE masih menyepikan diri dan tidak mahu menyelesaikan masalah yang beliau sendiri usahakan kelulusan di dalam Parlimen pada 27 Julai 2017 yang lalu.

Mungkin beliau beranggapan pemandu Teksi dan Ehailing adalah golongan rakyat bawahan yang perlu dikorbankan untuk kepentingan rakyat atau lebih tepat untuk kepentingan syarikat KAPITALIS yang salama ini merompak berbilion-bilion Ringgit wang industri ke luar negara. 

Mungkin kita 170,000 rakyat Malaysia yang terdiri daripada pemandu Teksi & Ehailing tidak layak menerima manfaat yang hakiki dari pengertian MALAYSIA MADANI yang diilhamkan oleh YAB PERDANA MENTERI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM. 

Ulasan dalam Video

KAMALTEKSI & KAMALGTSM
YDP Gabungan Teksi Malaysia



Popular posts from this blog

TEKSI THAILAND LEBIH BAIK DARI TEKSI MALAYSIA

PESANAN KEPADA PEMANDU TEKSI MALAYSIA

GTSM RAKAM UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MENTERI PENGANGKUTAN YB ANTHONY LOKE