BENARKAH APAD MASIH MENJADI PUNCA UTAMA KEPADA MASALAH KETIDAKTERJAMINAN PENDAPATAN PEMANDU TEKSI & E-HAILING..?


Assalamamualaikum & Salam Perpaduan

Saya tertanya-tanya apa benarkah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) masih menjadi punca utama ketidakterjaminan pendapatan pemandu Teksi/E-hailing.

Apa benarkah APAD masih memberi maklum balas yang salah kepada YB Menteri berhubung masalah yang dihadapi oleh ratusan ribu pemandu E-hailing dan puluhan ribu pemandu teksi.


Dalam jawapan YB Menteri di dalam Dewan Rakyat bagi soalan yang diajukan oleh Datuk Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) yang meminta Anthony menjelaskan tentang tindakan susulan akan diambil MOT selepas pertemuan dengan beberapa pengendali syarikat e-hailing beroperasi di Malaysia.

YB Menteri menjawap bahawa APAD telah mengadakan perbincangan dengan pemain utama industri e-hailing dan menerima beberapa maklum balas.

Antara respons itu adalah syarikat-syarikat e-hailing memberi galakan kepada rakan pemandu untuk beroperasi di kawasan tumpuan melalui insentif yang ditawarkan oleh syarikat e-hailing. Kenyataan YB Menteri

Mohon pencerahan...

#KAMALGTSM @ #KAMALTEKSI
YDP Gabungan Teksi Malaysia


Popular posts from this blog

GTSM BERTEMU YAB PERDANA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

PESANAN KEPADA PEMANDU TEKSI MALAYSIA

TEKSI THAILAND LEBIH BAIK DARI TEKSI MALAYSIA