TANPA KESEDARAN, KITA AKAN TERUS HIDUP DALAM PENDERITAAN.
Assalamamualaikum & Dalam Perpaduan
Salam Malaysia MADANI
Hari ini 25/11/2023 saya telah menghadiri mesyuarat bersama persatuan-persatuan pengusaha dan wakil pemandu lori dari 4 Negeri berhubung permasalahan dan tindakan undang-undang yang agak zalim yang telah dikenakan kepada pemandu dan pengusaha lori.
Sejujur tidak pernah terlintas difikirkan saya pihak penguatkuasa akan mengenakan tindakan undang-undang sezalim itu kepada mereka, saya yakin dan percaya sekiranya isu ini dibawa terus kepada YAB Perdana Menteri, tidak mustahil di atas nilai murni dan keinsanan YAB Perdana Menteri, YAB Perdana Menteri juga tidak akan bersetuju cara tindakan undang-undang tersebut itu diambil.
Dalam mesyuarat, saya telah mengusulkan beberapa tindakan yang perlu diambil bagi mendapatkan pembelaan yang sewajarnya, walaupun saya tahu tindakan tersebut tidak mampu menghasilkan keyajaan 100% tetapi dalam keadaan hari ini, itu sahaja yang kita mampu.
Kesimpulan:-
Nasib kita tidak akan dapat pembelaan yang sewajarnya selagi kita gagal menyedari bahawa kita perlu ada wakil kita sendiri di dalam Dewan Rakyat/Dewan Negara untuk membahaskan segala masalah yang kita hadapi atau setidak-tidaknya penubuhan Majlis Pengangkutan Darat Negara - MPN.
Selama hampir 1 Tahun ini, tidak ada seorang pun wakil rakyat yang kita undi di PRU lepas memperjuangkan nasib kita secara konsisten di dalam Parlimen, jika ada pun mereka hanya mampu membaca text seperti yang dapat kita lihat di dalam Parlimen baru-baru ini kerana jiwa mereka kosong dan mereka tidak mampu merasai denyut nadi kita.
Mereka tidak pernah merasai keperitan dan kepayahan yang kita hadapi selama ini, jadi bagaimana kita boleh mengharapkan mereka membawa usul dan memperjuangkan nasib kita di dalam Parlimen, tempat membuat dan meluluskan undang-undang.?
Sampai bila kita akan membiarkan orang politik yang tidak pernah merasai keperitan dan denyut nadi kita membela nasib kita, kenapa tidak kita berusaha mengangkat wakil kita sendiri ke dalam Parlimen..?
Ayuh susun strategi bersama saya, #PRU16 kita lakukan perubahan.
Dari kita membuta tuli memberi undi kepada orang-orang politik yang selama ini jelas tidak memperjuangkan nasib kita ( #Teksi, #Lori, #Bas, #EHailing & #PHailing) adalah lebih baik kita bulatkan sokongan dan memberi undi kepada wakil-wakil kita yang akan bertanding di PRU16 agar nasib kita dibahaskan di dalam #Parlimen.
Like dan share kepada rakan-rakan kita diluar sana.
#KAMALTEKSI @ #KAMALGTSM #selayangbersama
#MalaysiaMadani