PERBINCANGAN RINGKAS BERSAMA APAD
Assalammualaikum & Salam Sejahtera
SALAM PERPADUAN
Kami dari GABUNGAN TEKSI MALAYSIA - GTSM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pengarah APAD Datuk Azlan Shah yang sudi meluangkan masanya yang sangat berharga untuk berjumpa dan mendengar cadangan ringkas dari kami berkaitan industri teksi negara.
Secara peribadi kami dari GTSM begitu terharu dengan kewibawaan Datuk Azlan, beliau berjiwa besar dan sedia mendengar masalah dan cadangan dari kami.
Diantara perkara-perkara yang dibincangkan:-
1. GTSM mohon APAD memastikan semua papan tanda rasmi perkhidmatan awam diseluruh premis di dalam negara mempamerkan perkhidmatan mengikut kelas yang sah dan tidak menunjukkan seolah-olah terdapat kepentingan tertentu kepada mana-mana syarikat khususnya GRAB.
Gambar dibawah menunjukkan papan tanda rasmi yang telah disalah gunakan.
E-Panggilan bukan Grab, Grab adalah salah satu daripada puluhan syarikat eHailing yang berdaftar, tetapi kenapa logo Grab digunakan dipapan iklan rasmi premis.?
Logo rasmi eHailing adalah seperti dibawah:-
2. Berikutan aduan yang di terima susulan daripada pegawai JPJ yang mempertikaikan kebenaran Kereta Sewa mengambil penumpang di Lapangan Terbang.
GTSM memohon APAD mengeluarkan perkeliling khas menyatakan dengan jelas berdasarkan Garis Panduan Surahanjaya Pengangkutan Awam Darat Bil.1 Tahun 2008 bahawasanya Teksi dan Kereta Sewa adalah dibenarkan mengambil penumpang di Lapangan Terbang seluruh Semenanjung Malaysia.
Download Garis Panduan SPAD BIL.1 TAHUN 2008
3. GTSM menuntut APAD mengeluarkan arahan mewajibkan semua kenderaan Teksi khususnya bajet (merah putih) yang telah tamat permit Teksi ditukar kepada 1 warna yang tidak lagi menyerupai warna asal ketika kenderaan itu digunapakai sebagai kenderaan teksi, sama ada putih atau merah bagi menghentikan aktiviti kereta sapu.
Gambar dibawah membuktikan kenderaan Teksi yang telah tamat permit Teksi masih beroperasi seperti teksi, lokasi di KL
4. GTSM menyarankan kepada Datuk Azlan supaya melihat isu kadar tambang eHailing yang tidak dikawal kerajaan ketika ini sebagai satu perkara yang sangat serius.
Fahaman membiarkan pasaran menentukan kadar tambang adalah satu fahaman yang salah, kerana kadar tambang eHailing ketika ini bukan ditentukan oleh pasaran sebaliknya ia ditentukan oleh syarikat eHailing itu sendiri.
Apabila kadar tambang ini dibiarkan syarikat eHailing yang menentukan ia telah menyebabkan pengiat industri eHailing dan Teksi menjadi mangsa.
Perebutan penumpang diantara syarikat-syarikat eHailing telah menyebabkan syarikat-syarikat berkenaan membuang harga, kesudahannya yang menjadi mangsa adalah rakyat bawahan yang mencari rezeki di dalam sektor perkhidmatan awam, sedangkan syarikat-syarikat kapitalis berkenaan terus mengumpul kekayaan.
Sehubungan dengan itu, GTSM memohon kepada semua pihak yang bertanggungjawab supaya turun ke bawah, masuk dalam fb-fb pemandu eHailing dan rider pHailing untuk mendengar denyut nadi rakyat.
Contohi keprihatinan YAB Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Zahid Hamidi yang berupaya memahami kesengsaraan pengiat industri eHailing dan pHailing.
Jika perlu, kembalikan SPAD, cuma jangan di longgokkan kroni-kroni politik yang tidak pernah merasai keperitan dan kepayahan hidup sebagai pengiat industri untuk membuat dasar, sebaliknya wakilkan pemimpin persatuan di dalam unit pembuat dasar supaya sesuatu peraturan yang dibuat dan dilaksanakan lebih tepat, realistik dan tidak menzalimi.
Sekian, terima kasih
"BERSAMA MEMBANGUNKAN MALAYSIA MADANI"
"KE ARAH MEMARTABATKAN INDUSTRI TEKSI NEGARA"
KAMALGTSM
YDP Gabungan Teksi Malaysia
17/01/2024